Friday, July 10, 2009

Sebut Pasal Durian..


Bila duk jauh dari rumah ni rasa rindu sangat nak makan buah durian ni. Dah la sekarang musim durian tapi nak buat camne, aku duk kat hostel..mana nak cari durian ni. Sebelum datang sini sempat la jugak aku merasa durian. Kalau tak makan masa dekat rumah hari tu memang aku takkan dapat merasa durian la tahun ni. Dua tiga hari sebelum balik hostel, ayah aku sempat beli durian..katanya nak jamu aku..rasa macam special lak aku ni..huehue..ye la bila balik nanti musim durian pun dah lepas..lagi pun aku balik nanti bila nak raya dah..xde masa nak makan durian. Lagi satu, aku kempunan nak makan buah manggis kat umah atok aku tu. Sebelum datang sini buah dia dah besar tapi belum masak lagi. Tapi aku sempat jugak merasa sebijik..xtau la tiba2 ada yang masak sebijik..rezeki aku la tu sebelum dapat kat tupai..hoho..Sebelum balik sini dua kali ayah aku beli durian untuk aku tapi aku xpuas jugak makan durian tu..rasa nak bawak datang sini je..tapi mana bleh kan..ada orang ni yang xtahan bau durian. Aku ada tengok 1 video ni pasal mat saleh ngan durian..cilakak betol mamat tu..dia bandingkan bau durian dengan bau telur busuk n kasut dia yang busuk tu..bagi dia durian lagi busuk..rasa nak maki hamun je..anda boleh tengok kedajian itu kat link ni..malas la nak wat masuk dalam ni..semak je..huehue << http://www.youtube.com/watch?v=oQj-hFfmYkQ >> aku xboleh terima semua tu..rasa macam satu penghinaan terhadap orang2 asia yang memang serasi ngan durian..macam la durian ni teruk sangat..aku rasa bau ketiak dia lagi busuk dari durian tu..kohkohkoh..geram betol aku..dah la aku ni peminat durian..tapi ada gak aku tengok minah saleh yang boleh layan durian tu..bagus la..macam tu baru la boleh berkira2 nak jadi menantu mak aku..ngeh3

Thursday, July 9, 2009

Belasungkawa Michael Jackson 1958-2009


Michael Jackson akan terus dekat di hati menerusi lagunya yang boleh membuat peminat tersenyum, ketawa, malah menitiskan air mata LEGENDA yang pernah menemani hidup sebahagian besar demografik dunia menerusi lagu-lagunya itu tidak mungkin bangun semula mempertahankan dirinya terhadap pelbagai isu serta persoalan yang diperdebatkan sejak kematiannya pada 25 Jun lalu. Jasadnya akan terus bersemadi, membawa bersama segala catatan kenangan - suka duka dan pahit manis sepanjang 50 tahun hayatnya.


INFO: Catatan hayat Michael Jackson

29 Ogos 1958: Dilahirkan di Gary, Indiana

1964: Mula mengadakan persembahan bersama The Jackson 5

Awal 1980-an: Perubahan pada penampilannya mula dikesan


30 November 1982: Album Thriller dipasarkan

25 Mac 1983: Persembahan pertama memperkenalkan teknik moonwalk

14 Mei 1984: Menerima pujian daripada Presiden Reagan atas kerja amal yang dilakukannya

1988: Berpindah ke Neverland

April 1988: Autobiografi Moonwalk diterbitkan

5 April 1990: Menerima penghargaan daripada Presiden Bush atas kerja amalnya

30 September 1992: Melancarkan Yayasan Heal The World


Mei 1992; Berkenalan dengan Jordan Chandler yang berusia 13 tahun

10 Februari 1993: Temu bual bersama Oprah Winfrey mengenai penderaan yang dialaminya ketika kanak-kanak

18 Ogos 1993: Polis Los Angeles memulakan penyiasatan apabila Chandler membuat laporan dia dicabul

13 November 1993: Membatalkan konsert jelajah, Dangerous dan menerima rawatan di pusat pemulihan di London


1993: La Toya secara terbuka menuduh Michael seorang pedofilia, bagaimanapun menarik kembali kenyataannya itu

1 Januari 1994: Menyelesaikan kes dengan Chandler dengan bayaran antara AS$10 - 22 juta.

26 Mei 1994: Mengahwini Lisa Marie Presley

Januari 1996: Lisa memfailkan perceraian

7 September 1996: Konsert jelajah HIStory bermula


14 November 1996: Mengahwini Debbie Rowe

13 Februari 1997: Michael Joseph Jackson, Jr dilahirkan

3 April 1998: Paris-Michael Katherine dilahirkan

8 Oktober 1999: Bercerai dengan Debbie

Februari 2002: Prince Michael Jackson II dilahirkan

3 Februari 2003: Siaran Living with Michael Jackson disiarkan yang mana dia berpegangan tangan dengan Gavin Arvizo, 13.

18 November 2003: 70 pegawai polis menyerbu Neverland

18 Disember 2003: Michael didakwa melakukan pencabulan terhadap Arvizo.

13 Jun 2005: Didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dihadapinya

10 Mac 2009: Mengumumkan This Is It Tour yang akan bermula Julai

25 Jun 2009: Meninggal dunia kerana sakit jantung.

Jika direnungkan, selepas kematian Michael Jackson, ramai orang mula menghargainya, merinduinya dan menangisinya..bahkan jualan albumnya meningkat dengan mendadak..sedangkan semasa hidupnya tidak ramai yang tahu merhargainya sebagai anak seni yang berjaya..inilah hakikat manusia..bila sesuatu itu sudah tiada barulah mereka tahu menghargainya.

Berhenti Sebelum Terlambat


Mulakan berhenti merokok dengan YAKIN DIRI bahawa anda pasti boleh melakukannya. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.

Langkah 1 BERSIHKAN Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2 BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKAN Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.


Langkah 3 LAKUKAN SAHAJA Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara “ cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.

Langkah 4 TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.

Langkah 5 BERFIKIRLAH SECARA POSITIF Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.


Langkah 6 DAPATKANLAH SOKONGAN Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7 MELAWAN KEINGINAN MEROKOK Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.


AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK

MELENGAHKAN-LENGAHKAN Lengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ” nanti ” setiap kali anda ingin merokok.


MENARIK NAFAS PANJANG. Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

MINUM AIR. Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.


MEMBUAT SESUATU Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK

* Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin.Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

* Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

* Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh.Ini membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

* Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

* Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

* Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.


* Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.

ahshark.blogspot.com

Salam sejahtera..hari ini Khamis, 9 Julai 2009 terciptalah sebuah lagi blog untuk tatapan atau kritikan orang-orang di luar sana..biasa la aku ni belum pernah buat blog sebelum ni..entah kenapa hari ni tergerak hati aku nak buat blog ni..mungkin sebab bosan duk terperap dalam bilik..daripada duduk saja-saja baik aku buat blog..ada juga benda yang aku leh buat..so, bermula la detik copy and paste besar besaran..huehue..tapi aku bukannya copy and paste 100% sebab aku sendiri jugak akan tulis citer pasal apa2 yang aku nak tulis..huhu..lagipun aku bukan pemalas macam korang fikirkan..aku akan edit dan ambil yang mana penting sahaja dan juga bukan sebarang artikel yang aku nak copy and paste..hanya artikel yang aku rasa berguna atau yang menarik sahaja yang akan menjadi mangsa aku..ngeh3